Enam Belas Kerajaan
Enam Belas Kerajaan

Enam Belas Kerajaan

Sejarah China
Garis masa sejarah China
Dinasti-dinasti dalam sejarah China
Sejarah bahasa
Sejarah seni
Sejarah ekonomi
Sejarah pendidikan
Sejarah sains dan teknologi
Sejarah perundangan
Sejarah media
Sejarah ketenteraan
Sejarah keluatanEnam Belas Kerajaan, atau kadang-kala dipanggil sebagai Enam Belas Negeri, adalah satu kumpulan beberapa negara berdaulat berjangka hayat pendek di China dan kawasan-kawasan berjirannya bermula pada tahun 304 sehingga 439 AD selepas pengunduran Dinasti Jin (265–420) ke China Selatan dan sebelum penubuhan Dinasti-dinasti Utara. Asalnya, istilah ini pertama kali digunakan oleh Cui Hong di dalam rekod sejarah yang hilang, Shiliuguo Chunqiu (Sejarah Musim Bunga dan Luruh dari Enam Belas Kerajaan) dan merangkumi enam belas kerajaan pada era ini, iaitu negeri Han Zhao, Zhao Akhir, Cheng Han, Bekas Liang, Liang Akhir, Liang Utara, Liáng Barat, Liang Selatan, Bekas Yan, Yan Akhir, Yan Utara, Yan Selatan, Bekas Qin, Qin Akhir dan Qin Barat dan Xia. Istilah ini kemudian diperluaskan bagi memasukkan negeri-negeri berdaulat bermula pada tahun 304 sehingga 439. Kewujudan kerajaan-kerajaan tidak kesemuanya bertahan sehingga sepanjang tempoh ini.